Posted in NOVEL TERBIT

NOVEL SUDAH TERBIT DI PASARAN

Assalamualaikum dan salam ramadan! 

Lama betul tak update apa-apa di sini. Jadi, hari ini nak belanja sikit entry berkenaan novel-novel saya yang sudah terbit di pasaran.

  • JODOH KAU & AKU

 

jkda

Anak pertama saya di bawah rumah Penerbitan Fajar Pakeer. Novel JKDA ini adalah pada keluaran 2011. Masa ni saya gunakan nama pena Afifah Yusof.  Cerita yang santai dan nipis.

Watak utama dalam ni nama Ashraf & Natasya. Ashraf merupakan teman lelaki kepada Hana, kakak Natasha. Tapi, one day tiba-tiba Hana minta putus sebab dia ada lelaki lain. Ashraf nak balas dendam dia datang rumah dan minta nak kahwin dengan Natasha. Masa tu semua terkejut. Hana dan Datuk Hasnol (ayah Hana dan Natasha) serta Natasha sendiri terkejut.

Iyalah sebelum ni dia tahu Ashraf tu bf kakak dia. Tapi, tup tup ajak kahwin dengan dia. Datuk Hasnol pun halau Natasha dari rumah sebab dia setuju kahwin dengan Ashraf. Datuk Hasnol dari awal lagi memang tak suka si Ashraf tu sebab tak kaya. Hanya kerja peguam.

Maka bermulalah hidup di antara dua orang asing yang tak saling mengenali ni. Tapi, Ashraf tahu yang Natasha seorang wanita yang baik. Dia lain daripada Hana dan Datuk Hasnol.

Nak tahu apa berlaku seterusnya bolehlah dapatkan novel ni daripada saya. Saya ada simpan beberapa buah stok. Dekat kedai memang dah tak ada lagi.

+++++

  • CALON ISTERI JUTAWAN

 

http://www.p2u.my/

Ini merupakan anak kedua saya. Di bawah rumah Penulisan2u Enterprise (anak syarikat Karyaseni). CIJ ini keluar pada tahun 2013 menggunakan nama pena Nuriffa. Masa tu PBAKL di PWTC. Ingat lagi saya turun untuk sesi sign masa tu.

Novel ini berkisar mengenai seorang jutawan bernama Izzad Daniel. Dia dapat tahu yang dia ada sakit, jadi dia nak cari seseorang yang boleh jaga harta-harta dia. Mula-mula dia nak bagi kawan baik dia, Adam harta ni semua. Tapi Adam menolak. Jadi mereka buat rancangan untuk bagi kepada seseorang yang bergelar isteri kepada Izzad.

Maka bermulalah sesi untuk mencari calon isteri. Mereka buat sesi temu duga untuk mencari 10 calon yang akan lalui setiap ujian. Nurul Izyanie pula tersalah masuk bilik temu duga. Jadi dia pun termasuk dalam senarai calon tu. Sebab dia perlukan duit dan Izzad ugut dia, Yanie setuju juga. Dia pun termasuk sekali masa ujian dijalankan dekat rumah Izzad.

Macam-macam ragam dan kerenah. Yanie je yang pakai tudung di antara calon ramai-ramai tu. Nak tahu lebih lanjut apa terjadi dekat mereka semua ni kenalah dapatkan CIJ. Insya-Allah masih ada di kedai buku. Kalau nak senang boleh beli daripada penerbit ataupun saya sendiri. Saya ada simpan baki stok buku ni. Tapi, tak banyak.

 

  • DAFTAR SEMULA CINTA

 

http://www.penerbitanfajarpakeer.my/

Ini anak saya yang paling latest. Dilahirkan pada tahun 2016. Sekali lagi di bawah rumah Penerbitan Fajar Pakeer dan menggunakan nama pena Afifah Yusof. Kisah kali ini saya bawakan tentang Syed Adwan dan Nadhirah.

Nadhirah ni cikgu di pusat dyslexia. Syed Adwan pula seorang programmer. Mereka bertemu bila tadika tempat Nadhirah kerja tu ada nak buat aplikasi pembelajaran untuk anak-anak dyslexia. Syed Adwan lah programmer yang dibayar untuk buat.

Tapi, kawan baik Nadhirah dah mula suka Syed Adwan masa keretanya terlanggar kereta Syed Adwan. Nadhirah pun dapat tahu tentang hal tu. Jadi dia tak adalah nak simpan perasaan. Tapi, tup tup Syed Adwan beritahu yang Syed Adwan sukakan Nadhirah bukannya kawan Nadhirah tu.

Antara persahabatan dan cinta. Yang mana Nadhirah pilih? Nak-nak bila dia tahu yang kawan dia tu rupanya ada depression. Syed Adwan pula masih dengan keputusannya untuk memilih Nadhirah. Cinta tak boleh dipaksa. Pelbagai onak dan gangguan yang dihadapi Nadhirah dan Syed Adwan.

Nak baca kenalah beli. Boleh dapatkan di kedai buku, beli daripada penerbit ataupun dengan saya sendiri.

 

  • HATI YANG TERSAKITI

Anak ke empat ni, coming soon!

 

 

 

Advertisements

Author:

Student , Novelist , Female - 24

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s